Selasa, 30 April 2024, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Serentak di ketiga-tiga kampus Program Galakan Membaca 1 Staf 1 Buku UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang dihadiri oleh staf akademik dan bukan akademik. Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noorlis Ahmad, Timbalan Rektor HEA UiTM Cawangan Negeri Sembilan di kampus Kuala Pilah, Puan Marzura Mohd Idris, Penolong Pendaftar Kanan Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Kampus Seremban dan En. Hazrilfadila Hussin, Penolong Pendaftar UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Kampus Rembau.
Sebagai salah satu usaha dalam pembudayaan ilmu dan galakan membaca di kalangan warga UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak hari ini dengan rasminya melancarkan program "1 Staf 1 Buku" peringkat UiTM Cawangan Negeri Sembilan, sebagai simbolik dan langkah proaktif dalam mengalakkan warga kampus khususnya staf pentadbiran dan akademik di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, untuk membudayakan aktiviti membaca.